Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai
wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi,
perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang
dan kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi
tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.
Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak
boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.
Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan
minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun
nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.
Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak
mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah
dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya,
maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung
makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah
mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat
piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.
Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda
dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun
demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya
suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat
dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya,
Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah
bin Zubir.
Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain
cantik, dia mempunyai sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah,
cerdas, pantas dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai
orang. Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi
Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela
dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar
dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan
Khalifah Abdullah bin Zubir. Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat
dihindari.Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin
pasukannya.
Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak
Bani Umaiyah.Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah
binZubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa
saatsebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya
bertanya,”Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besaryang dilontarkan
pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruhkota Makkah? “Aku datang
hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat.
“Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku banyak yang belot.Mungkin kerana
takut kepada Hajjaj atau mungkin juga merekamenginginkan sesuatu yang
dijanjikan.
Tentera yang ada sekarangnampaknya tidak akan
sabar bertahan lebih lama bersama aku. “Sementara itu, utusan Bani Umaiyah
menawarkan kepadaku apa sajayang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku
bersedia meletakkansenjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin
Marwan sebagaiKhalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah. Asma’ menjawab
dengansuara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau
sendiriyang lebih tahu tentang dirimu. ”Apabila engkau yakin dalam kebenaran,
maka teguhkan hatimu sepertitentera engkau yang gugur.
Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan
dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan
diri sendiri, menjual murah sebuah kepahlawanan.”
Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan
ibunya yang kecewa. Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah
dan panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana rasa
hormat dan kasih kepadanya. “Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,”kata
Abdullah lembut. “Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri
kepadaHajjaj.
Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani
Umaiyah dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata ibunya
tegas. “Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang
dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi. “Tidak ada apa
yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang mati. Bukankah
kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’.
“Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung Asma’ lagi.
“Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk melakukan perbuatan
keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih
mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.
Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah
untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah
mati syahid menemui Allah.
Alhamdulillah Jaza Kumullohu Khoiro
Tidak ada komentar:
Posting Komentar